Ahad, 17 Oktober 2010

Khamis, 10 Disember 2009

YA HOOO.......... ABG DAH "MERDEKA"

Adooiiiiiiii......... lama betul x up-date n3. Bukan apa.......... bz sesangat ngan keja. Di tambah plk ngan mood 'kemalasan' tahap gaban..... tu yg n3 pun dah basi.
Errmm...... sedar x sedar........ dah masuk minggu ke-3 bebudak cuti skolah kan... dan time ni la mak ayah sibuk nak buat majlis "POTONG" utk yang ada ank lelaki. Sama la cam ila yang ada hero sorang ni..
Tapi utk bab ni........ ila sedih la skit coz x dpt buat majlis utk hero kesayangan ni kat umah sendiri. Sebabnya... si Abah dah awal2 bg kata putus......."Cuti skolah nanti, nak sunat abang kat umah Umi(kakak mr. huby yg sulung kat perak)..... x dak kenduri2 kat cni. X yah nak ikut trend orang lain, buat sunat ja....... buat kenduri besaq2 mengalahkan kenduri kawin" Aduh........ pilunya hatiku disaat itu......hanya Tuhan yang tau. So.... bila dah itu katanya....... terpaksa lah aku lupakan hasrat utk buat sedikit majlis kesyukuran sempena abg yang akan kena "potong". Ila bukannya apa.... saja la nak bg si abg sronok skit bila ada kwn2 yang dtg melawat dia.
Ermm...... berbalik kpd bab abg yang nak kena "potong"........ pada hari isnin yang lalu (7/12/2009) jam 9.00 pagi  "MERDEKA" lah sudah si abg........walaupun aku di sini bersedih coz x dpt nak temankan dia saat2 penting itu berlaku. And than..... sebelah ptg tu..... aku pun call la kkak ipar bertanyakan khabar si abg. Dalam mood sedih ni , aku nak tergelak pun ada... bila si SIL crita kelaku si abg masa nak kena "potong". Kata SIL aku...... masa kat rmh sblm gi ke klinik bukan main confiden nak buat....... tp..... sampai ja klinik..... masuk dlm blk dr., tgok semua kelengkapan yang ada dlm blk tu..... mula la kwn pun kecut perut. Nak tau apa yg keluar dari mulut hero tu bila tgk blk dr.? ...."ALA MAK"..... mati la abg!! dan yg paling geli hati....... masa proses tu berjalan....... diaorg x bg dia pandang bawah. Tapi ngan tiba2 dia bertanya.."Umi, bau apa yg hangit2 ni?" dan dgn selamba dr. yg buat tu kata....."X der apa2..... cuma tgh dok buat daging panggang!!"....Hadoii...... lawak jugak si abg ni. Iyer la kan..... ada la skit2 bau cam benda terbakar bila dr. tu buat guna kaedah "laser".
Errmm...... itu la abg....

p/s:- sorry laa....... xdpt nak taruk pic. .. maklumla.... org yg kena 'potong' tu ada kat perak..... si mama dia kat kedah ni. Tggu cuti Krismas ni la baru blh blk tgk dia.

Selasa, 24 November 2009

HERO SULONGKU

Tanggal 28 Mach 2000 tepat jam 4.47 ptg di Hospital Besar Kulim lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.5kg setelah dua hari dua malam si ibu bertarung nyawa menahan kesakitan demi melahirkan zuriat yang dikandung selama 40mggu 4hari(Terlebih dew date). Begitu besarnya kuasa-Nya, Sang Pencipta manusia pabilamana si ibu bagaikan telah lupa kesakitan yang dialami sebentar tadi pabila terdengar tangisan sikecil yang comel dalam pelukannya. Ketika itu air mata kesakitan bertukar menjadi air mata kegembiraan. Ya......... itulah pengalamanku. Pengalaman melahirkan permata hati pertamaku di usia 19thn.

Kini heroku berusia 9thn 8bln. Hero yang diberi nama Mohd. Fakhrul Hazim bin Mohd. Yunus.


Inilah aksi-aksi HERO ku yang cukup lasak

Ahad, 15 November 2009

"KEHIDUPAN"- Anugerah ILLAHI

"Kehidupan" adalah anugerah utama Illahi.


Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet ini jua adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.


Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi yang serba canggih dan moden, semoga kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Selasa, 10 November 2009

Impian Ku (Motobike)

Salam semua............ Errmmm....... setiap insan yg hidup dimuka bumi ini pasti ada impian kan??? Begitulah jua diriku. Memang dari kecik lg, bila aku tengok org naik moto besaq.... x kirala dlm tv ka.... kat jln raya...... aku slalu berangan...."Kalu aku blh naik moto camni or ada sebijik....... kan best?"

Tapi........ bila la agaknya inpian aku ni kan jadi kenyataan. So.. buat masa ni...... x blh nak beli or naik, dpt tgk gambaq pun jadi laa....... So........ layan gambaq moto yg aku download kat internet ni jap. Heee........heeeeee...



Honda CBR (MERAH totap menjadi pujaanku)

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008